PERKACH

Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching

 

Adakah anda Mahasiswa/wi Universiti Awam/Swasta di Kuching seperti UNIMAS/UITM/UPM/UKM/OUM di Kuching, Sarawak ? Masih tercari-cari untuk menjayakan subjek KHIDMAT MASYARAKAT? Buntu dengan subjek ini "Bagaimana nak mulakan" ?

Unit Pencinta Alam PERKACH membuka peluang bagi penyertaan dan dalam aktiviti-aktiviti SUKARELAWAN bagi subjek KHIDMAT MASYARAKAT yang merupakan subjek wajib di semua universiti awam dan swasta. Khidmat Masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting bagi memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan persekitarannya. Perancangan khidmat masyarakat yang sesuai akan memberi impak daripada seseorang individu sehingga mahasiswa dan mahasiswi dalam memberi khidmat serta komitment kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

Oleh itu, sebagai seorang mahasiswa mahupun mahasiswi, adalah penting anda menjadi teraju utama untuk menjalankan satu program khidmat masyarakat di kawasan persekitaran anda. Program ini perlulah dikendalikan oleh anda dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar matlamat khidmat masyarakat tercapai kerana aktiviti memerlukan perancangan dan pelaksanaan, rakaman projek, jurnal Reflektif dan soalan yang memotivasikan sukarelawan seperti anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Antara matlamat khidmat masyarakat adalah seperti berikut :

-Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan
-Memupuk dan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan sivik
-Menyumbang melalui kesukarelawan
-Manjadi warganegara yang patriotik dan
-Mengamalkan gaya hidup yang sihat

Kebiasaan tugasan dalam subjek KHIDMAT MASYARAKAT anda perlu memilih SATU program khidmat masyarakat di peringkat kampung, bandar dan nasional. Maka, Unit Pencinta Alam PERKACH memfokuskan kepada gaya hidup sihat dalam penjagaan alam sekitar. Tugasan Khidmat Masyarakat sebenarnya untuk menilai pengetahuan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat, mengaplikasi kamahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja secara berpasukan dan mempraktikkan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan keusahawanan.

Bagaimana untuk menyertai program ini ?

Unit Pencinta Alam PERKACH akan membantu anda memberi pendedahan dan tunjuk ajar yang menyeluruh dalam menjayakan aktiviti ini. Anda boleh bertindak sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut projek-projek yang telah di atur oleh Unit Pencinta Alam PERKACH.

Adakah Anda Berminat dan sangat mencintai Alam Semulajadi ? pengembaraan, tahan lasak, mencabar atau berminat dengan kerja-kerja amal sebagai SKUAD SUKARELAWAN bagi pemeliharaan dan pemuliharaan ALAM SEKITAR ?

Andalah yang kami perlukan seramai 1000 orang bagi warga kuching dalam menjayakan program ini untuk pemgambilan sepanjang masa..Daftar Segera untuk taklimat dan cara gerak kerja yang kami aturkan..DAFTAR dengan klik link https://www.perkach.org/keahlian

"KEBERSAMAAN DALAM KEBAJIKAN"
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PERKACH)

LET'S

GIVE

8603595405

Kuching Islamic Welfare Organization (PERKACH)

togetherness in goodness

We have the attribute of giving not to be that we are not necessarily more, but on the consciousness of the "soul" who first knows what is good and understand that being created now begins nothing, when we remember the journey from the beginning we are born that we are not have nothing, so when we are in this real world we are still remembering as we were originally no longer held by Allah SWT.

Agenda PERKACH

"Kebersamaan Dalam Kebajikan"

About

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING atau PERKACH merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. 

 

PERKACH memfokuskan program kemasyarakatan dan kebajikan ahli dan masyarakat setempat di Kuching dan Sarawak amnya yang menyertai program pertubuhan ini. PERKACH telah didaftarkan secara rasminya pada 22 Mac 2019 dengan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Negeri Sarawak.


"Memacu Pembangunan Insaniah Berilmu dan Berdaya Saing...Sumbangan anda boleh disalurkan dan diagihkan kepada golongan muallaf di Sarawak, anak yatim dan asnaf untuk pembangunan dari segi keilmuan,kebajikan dan ekonomi.

Sponsors: 

Show More

24h

Contact

Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Hadis Riwayat at-Thabrani

ThankYou

Share:

© 2019 by Kuching Islamic Welfare Organization (PERKACH)